Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday 19 May 2011

Jemputan mengejut,rakan sepergendangan Pusaka Dirantau..

Salam semua..

Seperti biasa,hujung minggu adalah masa untuk Lela Rentaka mengadakan latihan bagi memantapkan permainan muzik silat jika tiada jemputan untuk kemana2 majlis.Pada minggu lepas,begitulah sangkaan pada awalnya sehinggalah kami mendapat panggilan mengejut dari saudara Akid,iaitu salah seorang dari ahli kump gendang Pusaka Dirantau.Beliau memaklumkan bahawa mereka mendapat 1 jemputan untuk majlis perkahwinan pada hari itu (15/mei/2011) yang bagaimanapun terdapat sedikit masalah,menjadikan ahli mereka tidak cukup untuk menjayakannya.Maka kami dijemput untuk membantu melengkapkannya jika ada kelapangan.

Atas dasar bantu membantu,Lela Rentaka menghantar 2 ahlinya untuk turut bersama pada majlis itu.Pada mulanya agak janggal untuk bermain muzik bersama.Mungkin atas faktor tidak serasi dan mungkin kerana kekurangan pada kami sendiri yang tidak begitu mahir.Tetapi dengan memanfaatkan masa yang ada sebelum pengantin tiba,cubaan demi cubaan akhirnya berjaya mewujudkan keserasian itu.

Antara lagu yang dimainkan bersama adalah Anak 5,Wahiya dan Lagu Silat Kedah.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar namun kami hanya boleh bersama mereka untuk tempoh yang tidak begitu lama kerana salah seorang ahli Lela Rentaka,Hamid perlu bekerja selepas itu.Buat Pusaka Dirantau,Akid terutamanya,terima kasih kerana memberi kepercayaan dan sudi menjemput kami.Ada rezeki kita bergendang bersama lagi.Bersama2 kita memartabatkan pergendangan silat ini..

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP