Bergendang bersama Sifu Gemala Kasturi
26 November 2011 saya berpeluang untuk bersama Kumpulan Gemala Kasturi bergendang di majlis Perasmian Kedai Pana (Panasonic), Kemudi Timur Sdn Bhd yang bertempat di Taman Samudera, Gombak (Belakang Giant) .
Berkumpul seawal jam 8 pagi di rumah abg Khairul, kami bersama Abg azam terus ke rumah cikgu Ramli sebelum bertolak ke lokasi persembahan. Berdegup kencang rasanya kerana kali pertama ke majlis bersama guru , namun keadaan menyelesakan kerana ini lah satu nya kenangan bermakna yang boleh diabadikan. Alhamdulilah majlis berjalan lancar . Dapat juga berkenalan dengan sahabat baru antaranya abg Nazir (Kump Gendang Taman Melati). Majlis pada hari itu diserikan lagi dengan beberapa aktiviti yang dijadualkan oleh pihak penganjur sendiri.Setelah selesai tugas kami pun mengisi perut sebelum pulang ke rumah masing2.
p/s Terima kasih kepada Sifu Gemala Kasturi yang memberi peluang untuk saya merasai suasana bermain di majlis bersama, segala tunjuk ajar akan dijadikan pengalaman pada masa akan datang..Salam...
0 comments:
Post a Comment