Majlis Khataman Kuntau Pendowo Limo Banting Selangor
25 Disember 2011, kami berkunjung ke Banting Selangor demi menyempurnakan perlawaan saudara seguru di sana untuk menghadiri majlis khataman mereka . Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka turun mewakili Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa Negeri Perak untuk sama-sama memeriahkan majlis. Ternyata semangat bekerjasama sesama ahli diterapkan dengan baik di sana. Kami tidak melepaskan peluang untuk memainkan beberapa irama muzik berjalan di samping disulami dengan irama muzik jawa yang dimainkan mereka. Terpegun sebentar memerhatikan orang di sana memainkan muzik yang kami labelkan sebagai"muzik jawa" tersebut. Wah..penangan orang lama agaknya . Banyak lagi perlu kami pelajari, kata2 sifu kami kumpulan Gemala Kasturi ternyata menjadi pedoman.. berlatih...berlath dan berlatih........sekian..Salam Gambar kenang kenangan:-
1 comments:
assalamualaikum ada x gelanggang di sekitar bukit changgang @ kg olak lempit? saya teringin nak belajar silat ni. harga yuran berape dan mcmana dengan masa belajar?
Post a Comment