Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, 12 June 2011

Majlis Kahwin di Bota Kanan..



12 hb Jun 2011 menjadi satu tarikh penting bagi semua ahli Lela Rentaka kerana hari ini kami akan mengiringi majlis kawin salah seorang dari ahli PSSTLKJ yang lebih kami kenali dengan gelaran Yob Alon. Difahamkan majlis hari ini bagi menyambut dua pasangan pengantin yang akan disandingkan serentak. Seperti biasa sebelum kami bertolak dari ipoh ke bota ,rumah khairul akan dijadikan sebagai tempat berkumpul semua ahli. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu kami mulakan tepat jam 9.20 pagi, dengan menaiki 2 kereta dan 4 buah motosikal. Terdetik di fikiran untuk sesekali berkonvoi menaiki motosikal bersama ke majlis ini . Akhirnya kami tiba di Dewan tempat majlis itu diadakan namun memandangkan masih awal lagi kami beralih perjalanan mencari warung makan berdekatan untuk sarapan pagi. Setelah selesai menikmati juadah pagi, kami bergegas ke dewan dan bersiap-siap menantikan ketibaan pengantin sambil mengalunkan beberapa alunan lagu rakyat.







PELAMIN SERBA INDAH LAGI BERSERI









MENGATUR BARANG DI ATAS PENTAS














Jam 1.25 petang rombongan pengantin tiba , kami meneruskan tugas dengan memainkan alunan muzik berarak mengiringi pasangan pengantin ke tempat persandingan di dalam dewan . Tibalah giliran persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau Kuntau Jawa Perak menyambut ketibaan pengantin. Dengan diiringi alunan muzik silat ,pesilat mengatur langkah menambah seri bagi menyambut ketibaan dua pasangan pengantin yang dilangsungkan serentak ini.




























Tugas kami bukan selesai di situ saja, setelah semua selesai makan tengah hari di majlis ,kami teruskan persembahan dengan diselangi nyanyian karaoke oleh tetamu yang hadir. Sempat juga kami bergambar dalam masa terluang itu. Sehingga jam 4 petang kami pun berkemas untuk pulang ke ipoh semula. Alhamdulilah cuaca cerah ,sedikit sebanyak memudahkan perjalanan pulang kami.

Setibanya di rumah khairul, kami berehat sebentar dan minum petang bersama.

Syukur kepada tuhan majlis hari ini berjalan lancar dengan izinnya. kami mendoakan pasangan pengantin yob alun dan pasangannya, serta adik beliau dan pasanganya berbahagia selamanya ..amin...






4 comments:

khairul 12 June 2011 at 20:56  

Permandangan yang menarik, keris tu keris betul erk?

cahaya sinar 12 June 2011 at 22:50  

menarik ek?? terima kasih saudara.... keris?? mmm xtaw ler...plastik jer 2...replika.....

Batara Batu 13 June 2011 at 22:17  

mane keris?keris yop alun ke?

cahaya sinar 15 June 2011 at 21:22  

keris yg mase kiter dok ramai2 depan umah yob 2.... idan pegang 2 hah....

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP