Festival Seni Silat DMDI 2011 Melaka
Beberapa hari yang lalu pada minggu lepas,kami telah menerima panggilan dari saudara Michai (Gemala Kasturi) yang meminta kami ke Melaka untuk menyertai Festival Seni Silat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi mewakili negeri Perak atas nama Perguruan Seni Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa.Festival tersebut bermula pada 3 Jun manakala kami pula ada persembahan untuk majlis perkahwinan di Ipoh pada 4 Jun.Maka selepas berbincang sesama ahli dan tolak ansur dari pihak penganjur,kami bertolak ke Melaka pada 4 Jun sejurus saja selesai persembahan di Ipoh.
Agak lewat dari yang dirancang atas masalah2 yang tak dapat dielakkan.Hanya pada pukul 4 petang baru kami bertolak.Maka perjalanan ke Melaka pun bermula dengan masing2 agak keletihan kerana agak terkejar2.Kami bertolak dengan 3 buah kereta.Amir,Shah,Adli,Pejai,Hamid,Nizam,Akashah dan saudara Fauzi (Otromen) menemani kami.Agak keletihan,kami berhenti rehat di hentian Ulu Bernam.
Tidak lama selepas itu acara pada malam itu pun tamat dan selepas berkenalan dengan rakan2 Lawi Merah dan memaklumkan pada urusetia tentang ketibaan kami,kami pun bertolak mencari hotel penginapan yang telah disediakan.Check in saja di hotel,kami terus pula mencari santapan pada malam itu.Perut sudah lapar benar.Apa yang ada kami bedal saja..Balik ke hotel selepas itu,ada yang terlena terus dan ada juga yang susah mencari mood untuk tidur.Apa2 pun tahu2 saja sudah pun pagi dan kami terus bersiap2 untuk ke Melaka Mall.Tiba di sana pada pukul 9.50 pagi.Keadaan masih lengang.Dengan masa yang ada kami bersarapan dulu di restoran mc'D yang terletak bersebelahan dengan Melaka Mall itu.Maka hari itu dalam sejarah,masing2 merasa duduk di restoran Mc'Donalds dengan berpakaian silat.Mata2 umum tak henti2 memandang.Segan juga rasanya..
Selesai saja bersarapan,kami pun terus ke gelanggang acara dan bersiap2 untuk kali terakhir sebelum tiba giliran untuk membuat persembahan.
Atas desakkan kerja,kami terpaksa pulang juga ke Ipoh pada malam itu,iaitu malam ketiga sedangkan penutup festival hanya akan berlangsung esoknya.Walaupun agak ralat,tapi kami terpaksa.Malam itu diadakan majlis makan malam beserta penyampaian hadiah dan cenderahati.Sebelum pulang,sempat juga kami bergambar kenangan dengan ketua2 juri dan orang kuat dalam festival ni,En.Huzaifah yang telah banyak membantu dan bertolak ansur dengan kami.Dengan mata yang mengantuk,badan yang letih,kami gagahkan juga untuk pulang malam itu.Alhamdulillah kami tiba di Ipoh pada hari rabu jam 5.30 pagi dan jujurnya kenangan di Melaka masih segar di ingatan meskipun ketika saya sedang menulis blog ini...
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment