Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, 19 July 2011

PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS SUKAN RAKYAT KG PENGKALAN PEGOH

16 HB JULAI 2011, PADA HARI INI , KUMPULAN GENDANG SILAT LELA RENTAKA AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KG PENGKALAN PEGOH SEMPENA MAJLIS SUKAN RAKYAT. PADA MULANYA KAMI DIFAHAMKAN MAJLIS INI HANYA UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN YB HAMIDAH OSMAN MERASMIKAN MAJLIS TERSEBUT. SEAWAL JAM 7.30 PAGI SEMUA AHLI BERKUMPUL DI HADAPAN RUMAH YOB KHAIRUL.



MAJLIS BERMULA SEAWAL JAM 8 PAGI NAMUN TIDAK MENJADI MASALAH KERANA TEMPAT MAJLIS ITU DIADAKAN HANYA BERHADAPAN DENGAN RUMAH YOB KHAIRUL. SETIBANYA KAMI DI SANA KAMI DIPERLAWA UNTUK BERADA DALAM KAWASAN KHEMAH YANG DIKHASKAN UNTUK PEMUZIK LELA RENTAKA. KELIHATAN SUASANA DI SANA SUNGGUH MERIAH DENGAN PELBAGAI PERTANDINGAN DIANJURKAN OLEH JAWATANKUASA YANG BERTUGAS.


TANPA MELENGAHKAN MASA KAMI MENGHANGATKAN SUASANA MAJLIS DENGAN MEMAINKAN BEBERAPA ALUNAN MUZIK BERJALAN SAMBIL DISELANGI PERSEMBAHAN REBANA DARI KUMPULAN REBANA KG PENGKALAN PEGOH. KAMI JUGA DITUGASKAN UNTUK MENGIRINGI PERSEMBAHAN SILAT DARI PERTUBUHAN SENI SILAT TERLAK LINTAU DAN KUNTAU JAWA NEGERI PERAK YANG JUGA DIWAKILI OLEH KAMI SENDIRI. TEPAT JAM 10.30 PAGI KELIHATAN KETIBAAN YB DALAM KAWASAN MAJLIS. SAMBIL DIIRINGI ALUNAN REBANA, PESILAT MENGAMBIL TEMPAT UNTUK MEMPERSEMBAHKAN SEMBAH SILAT DAN JUGA AKSI TEMPUR SEBAGAI TANDA MENGALUKAN KETIBAAN YB HAMIDAH OSMAN. PEMUZIK LELA RENTAKA MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANATKAN.


SELEPAS SEMUANYA SELESAI, BARULAH KAMI DIMAKLUMKAN MAJLIS ITU JUGA DIADAKAN SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN PESERTA KONVOI BERBASIKAL YANG DIANGGOTAI OLEH PESERTA I.C.T. DIJANGKAKAN LEBIH 150 BUAH BASIKAL YANG TERLIBAT DALAM KONVOI TERSEBUT. SAMBIL MENYAKSIKAN SUASANA MAJLIS. KAMI MENYERIKAN DENGAN BEBERAPA BUAH LAGU . LEBIH KURANG JAM 12 TENGAH HARI , KONVOI TIBA SAMBIL DIIRINGI PASUKAN POLIS. KETIBAAN PESERTA YANG MEMASUKI KAWASAN MAJLIS DISAMBUT DENGAN ALUNAN REBANA . SEBELUM KUMPULAN LELA RENTAKA MENGAMBIL TEMPAT MENGALUNKAN MUZIK MENYAMBUT KETIBAAN PESERTA . BEBERAPA KALI JUGA BERMAIN DI FIKIRAN LAGU APA YANG HENDAK DIMAINKAN, SEHINGGA YOB KHAIRUL MEMBISIKKAN UNTUK MEMAINKAN MUZIK 'BASIKAL TUA' . ALUNAN SERUNAI MEMAINKAN SAMBIL DISULAMI PUKULAN GENDANG DAN GONG. TERNYATA PESERTA-PESERTA BEGITU SPORTING WALAU DALAM KEADAAN LETIH , ADA YANG BERTEPUK2 TANGAN ADA YANG BERJOGET ,SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI SEMANGAT KEPADA PEMUZIK LELA RENTAKA UNTUK MEMAIKAN MUZIK MENGHIBURKAN TETAMU YANG HADIR.


SEDANG ASYIK BERMAIN TIBA SEORANG WAKIL DARI PESERTA ICT MENEMU RAMAH KAMI UNTUK DIJADIKAN LAPORAN DALAM AKTIVITI MEREKA. PELBAGAI PERSOALAN BERKAITAN GENDANG SILAT ALIRAN UTARA INI DIKEMUKAN. DENGAN PENGETAHUAN YANG CETEK, KAMI MENCERITAKAN SETAKAT MANA YANG KAMI TAHU . ALHAMDULILLAH . .. JAM 1 PETANG SEMUANYA SELESAI. MASING2 PULANG KE RUMAH SAMBIL DITEMANI KENANGAN MANIS DI MAJLIS PADA HARI INI..SEMOGA PERJUANGAN KAMI MEMPERTABATKAN PERJUANGAN GENDANG SILAT MENDAPAT RAHMAT DAN BERKAT DARI ALLAH.. SERTA SENTIASA MENDAPAT PEMERHATIAN SELALU DARI SIFU KAMI ,KUMPULAN GENDANG GEMALA KASTURI UNTUK SENTIASA MENEGUR SALAH SILAP KAMI .. INSYAALLAH.....

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP