Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday 28 June 2011

PERSEMBAHAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PSSTLKJ



26 hb JUN 2011, hari ini Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka membuat persembahan di gelanggang silat bota kiri sempena Mesyuarat Agong Perguruan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa Negeri Perak.

Seawal jam 8.15 pg semua ahli berkumpul di perkarangan rumah Yob Khairul sebelum memulakan perjalanan ke bota kiri. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam itu dimudahkan dengan keadaan cuaca yang baik.

Setibanya di sana, kami memulakan persembahan dengan mengalunkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Sehingga jam 10 pg ,Pengerusi perguruan tiba, kami bersama-sama menyertai majlis tersebut memandangkan kami juga ahli kepada perguruan ini.

Setelah semuanya selesai , kami bersama menikmati juadah tengah hari beramai-ramai sebelum mengiringi persembahan silat oleh ahli2 perguruan dengan alunan muzik .
Hampir jam 2 petang,kami terpaksa meminta diri terlebih dahulu memandangkan cuaca pun mulai mendung.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP