Majlis Perkahwinan Amir 3hb Jun 2012
Selepas selesai majlis menyambut MB Perak..kami bersiap untuk ke majlis amir bertempat di pinji mewah,, sebelum itu kami berkumpul dahulu di rumah yob untuk berkemas sementara menunggu ketibaan rakan2 bergendang dari Kuala Lumpur( abg khairul Gemala Kasturi) dan dari Muar Johor ( Taufiq, zahir dan Ajim Lawi Merah) , mereka tiba di hadapan rumah yob kira jam 11 pagi . Gembira menerima kunjungan dari rakan2 jauh ini.. bukan selalu dapat bertemu bermain muzik bersama. Alhamdullilah, masa yang ada kami memainkan muzik bersama terlebih dahulu sebelum masing2 bersiap untuk ke rumah amir . Setibanya di rumah amir, kami bersama telah melaraskan alat muzik dahulu dan memulakan persembahan pada jam 12 tengah hari. Sehingga ketibaan pengantin kami membuka sembah silat dan muzik dimainkan rakan kami dari Gemala Kasturi dan Lawi merah. Sekitar jam 3 petang kami menamatkan tugas dan mengisi perut terlebih dahulu. Apabila sesi bergambar tamat kami pun beransur pulang. Pada masa yang sama rakan2 kami dari k.l dan Muar juga ingin berangkat sama, berat rasa hati untuk menamatkan saat gembira bersama ini namun tidak mengapalah, ada masa pasti kami akan ketemu lagi.. selaku wakil dari lela rentaka, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada wakil2 dari Gemala Katuri dan Lawi Merah yang sudi turun memeriahkan walau perjalanan mengambil masa lebih 6 jam. jasa kalian tidak akan kami lupakan , kami juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada amir dan kami mendoakan semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir usia...amin..sekian.
Sekitar majlis:-
0 comments:
Post a Comment