20-22 April 2012, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama rakan2 seperguruan mengikuti bengkel gendang silat yang diketuai oleh Kumpulan Gendang Silat Gemala Kasturi dan Kumpulan Gendang Silat Lawi Merah.
Perjalanan dari Kuala Lumpur selepas solat jumaat bersama abang Khairul terus menuju ke Muar terlebih dahulu untuk singgah sebentar di rumah ibu abg Khairul dan mengambil rakan2 dari Kumpulan Lawi Merah (abg Zahir dan Taufiq). Kami meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi Johor sekitar jam 6 petang dari Muar. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam itu sungguh mencabar, maklumlah kepenatan masih terasa namun atas sikap semangat untuk meneruskan perjuangan seni budaya, perjalanan ini Alhamdulilah menjadi mudah . Jam 10.30 malam kami tiba di Menara Jam Kota Tinggi Johor dan disambut oleh penganjur bengkel, Cikgu Alwi. Sesi mengeteh mendahului perkenalan antara kami , pelbagai perkara dibualkan , maklumlah dah lama tidak berjumpa rakan2.
21 hb April
Jam 8 pagi kami tiba di tempat bengkel dijalankan(dewan belia) sambil ditemani Cikgu Alwi, perkenalan antara peserta yang terlibat diteruskan dengan latihan asas permainan . Pengalaman menemani rakan dari Gemala Kasturi dan Lawi Merah amat dinantikan , di sini dapat saya meningkatkan prestasi permainan sambil dipantau oleh rakan-rakan yang lebih lama bergiat dalam dunia pergendangan ini. Dipendekkan cerita, latihan ari pertama ditamatkan pada jam 9 Malam. Kami dimaklumkan oleh abg Khairul bahawa rakan pergendangan dari Singapura (kumpulan langgam mustika) dan dari Pasir Gudang(kumpulan warisan tebrau) juga akan hadir pada malam tersebut untuk bertemu . Perasaan gembira sungguh dapat berkumpul bersama namun sayangnya lupa nak mengambil gambar untuk dijadikan kenang kenangan .
22 hb April
Hari terakhir bengkel , permainan peserta diperkemaskan dan majlis penutup diadakan sekitar jam 2 petang. Ternyata peserta semua memberikan komitmen yang padu untuk menjayakan program ini.
Kami meneruskan perjalanan ke Muar untuk menghantar pulang rakan2 dari Kumpulan Lawi Merah. Perasaan gembira bercampur sedih rasanya apabila terpaksa berpisah dengan mereka. Ada rezeki berjumpa lagi. Perjalanan kami dari Muar diterukan bersama Abg Khairul untuk ke Melaka pula menziarahi rakan dari kumpulan Gendang Arya Putra. Dapat bergendang bersama dan berbual sehingga ke lewat malam. Sesi mengeteh pula diteruskan sehinga jam 1 pagi kami mengundurkan diri meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Jam 3 pagi kami selamat sampai ke Kuala Lumpur..alhamdulilah perjalanan kali ini begitu bermakna kerana dapat berjumpa hampir 4 kumpulan rakan seperguruan.Terima kasih kepada abg Khairul ,kerana sudi membawa saya bersama melalui pengalaman bermakna ini dan kepada rakan2 dari Lawi Merah ,Warisan Tebrau, Langgam Mustika dan Arya putra semoga kita semua berjumpa lagi
Salam...
Antara gambar yang sempat diambil :-
|
Bersama ayah dan ibu Abg Khairul |
|
Menara Jam Kota Tinggi Johor |
|
Abg Taufiq dan Abg Zahir (Lawi Merah) |
|
Melaka- Abg Masrizal dan Abg Khairul |
|
Melaka-Abg Huzaifah dan Abg Malik |
0 comments:
Post a Comment