Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday 8 May 2012

Majlis Perkahwinan Adli 5 mei 2012

5 Mei 2012 , 1 lagi sejarah tercipta apabila ahli Lela Rentaka saudara Adli menamatkan zaman bujangnya. Seawal jam 9 pagi semua ahli Lela Rentaka bersiap sedia di dewan Silveritage Medan Gopeng Ipoh bagi menyambut ketibaan kedua pengantin di majlis berbahagia itu. Kami memulakan persembahan pada jam 12 tengah hari meraikan tetamu yang hadir. Pelbagai irama muzik lagu rakyat dimainkan berselang dengan muzik yang dimainkan oleh Dj bertugas.
Kira jam 1 tengah hari, pengantin tiba di perkarangan dewan, kami menyambut mengarak pengantin memasuki dewan sebelum pesilat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa turut sama mengiringi persembahan sembah buka meraikan kedua pasang pengantin. Sama cantik sama padan, itulah ungkapan yang mampu dikatakan dan kami mendoakan semoga pengantin ini berkekalan selamanya sambil diberkati dengan limpah kurniaan dari Illahi... insyallah...
Kami menamatkan tugas kira jam 3 petang, gambar sekitar majlis:-









0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP