PROGRAM BERGENDANG 24 JAM TANPA HENTI
LELA RENTAKA TELAH BERSAMA 7 KUMPULAN GENDANG SILAT YANG LAIN UNTUK MEREALISASIKAN PROGRAM BERGENDANG 24 JAM TANPA HENTI UNTUK MENCIPTA REKOD MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN UITM SRI ISKANDAR.
PADA MULANYA AGAK JANGGAL JUGA KERANA MASING2 BARU MULA BELAJAR NAMUN ATAS SEBAB INGIN MENGALAS TANGGUNGJAWAB KAMI GAGAHKAN JUA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM INI. BERMULA PADA 9 PAGI 14 APRIL, KAMI BERGILIR2 MENGGALAS TUGAS UNTUK BERSAMA MEMBANTU SESAMA KUMPULAN UNTUK BERGENDANG TANPA HENTI MENGIRINGI PERSEMBAHAN SILAT YANG JUGA TANPA HENTI. MERANCANG WAKTU UNTUK SOLAT DAN KELUAR BEREHAT SEKETIKA SAHAJA SEBELUM MULA BERGENDANG SEMULA DI DALAM DEWAN.
KAMI DIKEJUTKAN DENGAN KEHADIRAN SIFU2 GEMALA KASTURI SEKITAR JAM 10
MALAM( ABG SHARUL, CIKGU RAMLI DAN SOUFIKH) DI DEWAN SRI ISKANDAR.
BERTAMBAH SEMANGAT APABILA MELIHAT MEREKA YANG SUDI UNTUK TURUN
DARI JAUH SEMATA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PROGRAM INI. LETIH2 DRIVE DARI JAUH PUN TURUT SUDI BERGENDANG BERSAMA. MEREKA PULANG PADA JAM
12.30 TGH MALAM DAN KAMI KEMBALI MENJALANKAN TUGAS MEMAINKAN IRAMA MUZIK GENDANG.
KALI INI LEBIH MENARIK, KERANA TIADA JADUAL LAGI UNTUK BERGENDANG.
MASING2 SALING MEMBANTU DUDUK BERSAMA BERGENDANG TANPA MEMILIH KUMPULAN MAHUPUN MASA PERSEMBAHAN. SUNGGUH TERUJA MELIHAT SUASANA
YANG SEBEGITU RUPA. BUKAN SELALU DAPAT BERGANDING BAHU BERSAMA TIDAK KIRA ASAL USUL KUMPULAN. SEMUANYA SAMA SAHAJA DI SANA.
15 APRIL , MASING -MASING TERUS BERJUANG UNTUK MENCUKUPKAN MASA 24 JAM . ALHAMDULILAH , TEPAT JAM 9 PAGI, TERCIPTALAH REKOD BERSILAT DAN BERGENDANG 24 JAM TANPA HENTI DENGAN SEMANGAT BEKERJASAMA ANTARA KAMI SEMUA.MAJLIS PENUTUP DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN SENI
PERTAHANKAN DIRI DARIPADA PELBAGAI PERTUBUHAN(TARIAN SINGA PUN ADA DAH......HEE).. KUMPULAN GENDANG SILAT LELA RENTAKA INGIN MENGUCAPKAN
BEBANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KUMPULAN YANG MEMBANTU KAMI SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT. JASA TUAN SEMUA TIDAK AKAN KAMI LUPAKAN , SEMOGA UKHUWAH ANTARA KITA AKAN BERKEKALAN SELAMANYA. TERNYATA MASIH BNYAK YANG PERLU KAMI PELAJARI . . PELBAGAI NASIHAT KAMI PEROLEHI
DARIPADA SENIOR2 DALAM BIDANG PERGENDANGAN NI. ALHAMDULILAH..SEMOGA
BERJUMPA LAGI.....SALAM...
0 comments:
Post a Comment