Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, 9 May 2011

Sejarah penubuhan nama kumpulan

Salam pergendangan untuk semua warga pergendangan tidak kira apa aliran jualah kiranya pergendangan anda. Mungkin ada yang membaca satu wadah ini punca aliran pantai timur,mungkin jualah ada dari aliran tradisi (jawa ) dan pergendangan yang lainnya. Satu nukilan saya menyingkap kembali sejarah terbit usul-asal nama kumpulan kami.

Lela Rentaka:Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Ini jualah sejarah ringkas yang menyatakan asal usul nama lela rentaka...Bertitik tolak dari inilah jua maka kami sepakat untuk menamakan kumpulan kami LELA RENTAKA..kerana apa yang di mengertikan dari yang di atas..

Awal penubuhan:

Sepada awalnya kami bukan lah Lela Rentaka namanya. Hanya bersandar dari kumpulan persilatan yakni Perguruan Seni Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa. Setelah itu ada desir dari jiwa kami untuk menyatakan suara kerana ingin bergerak bebas tanpa teduhan perguruan. Maka pelbagi nama yang di ajukan..
  • pertama-tama kali.. Antara sukma
  • berikutnya.. Panca Delima..
Namun hasrat hanya mimpi.. ingin hanya dingin.. tanpa kekuatan..

Akhirnya.. Hinggalah saudara Shahrul dan Khairul aka Michai dari Gemala Kasturi mempelawa sahaya ini untuk melibatkan diri di dalam Gagasan Gendang Silat Semalaysia...Lantaran itu timbul jualah rasa senak pening di kepala,apa yang mahu di bekalkan untuk di tatapkan kepada orang diluar sana.. timbullah pula nama Kumpulan Gendang Silat Tak-teh.. kerana kami baru belajar,ibarat anak kecil sedang belajar tak-teh begitu jualah adanya kami ini.. Ada suara mencelah.. ada yang menambah.. ingin kan satu nama yang lebih besar dan lebih gah, sampai bila mahu bertak-teh,tidakah mahu untuk melangkah gagah..

Teruja,bersemangat.. bangga jualah diri ini kerna tidak bertepuk sebelah tangan,ada yang menyahut.maka.. setelah di putarkan batu jemala bertemulah akan perkataan Keramat ini.

Lela Rentaka.

Satu erti yang amat di fahami..
menjadi ledakan bagi yang mengerti..
tidak susah untuk di fahami..
kerna erti sudah di beri,
bagi yang masih belum mengenali,
akan kami ini mudah di hampiri,
jangan lah kami di hindari,
malah sukalah untuk didampingi,
mencari meminta untuk di ajari,
bukan untuk bermegah membangga diri,
apatah lagi untuk dimusuhi,
buat bekal perjalanan yang abadi,
memartabatkan satu cabang warisan asli,
menjamu santapan jiwa sanubari,
yang tersimpan nun jauh di pelosok diri,
dan nanti awan berarak.. berlalu sudah sebuah mimpi,
mimpi negeri untuk di selimuti...
mimpi yang bakal di zahiri..

Maka secara sahnya pada tahun 2009 berdiri tubuhnya satu kumpulan gendang silat beraliran utara yang di namakan dan di anggotai..

  • Amirul adli.aka deli.gendang ibu dan anak
  • Amiruddin aka amir.. serunai..
  • Hamid tetap hamid..gendang anak
  • Nur Aqashah aka qashah..gendang anak dan ibu.
  • Muhd Nizam aka nizam gendang ibu dan anak
  • Shidan aka cidan.. gendang anak..
  • Khairul aka yop.. gendang ibu..
Sedikit selingan saya lampirkan.


Harap dapatlah menjamu halua telinga kita bersama. Barang yang salah dapatlah di betulkan.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP