Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday 22 February 2012

Gendang Silat Bah. 3

Seterusnya mari sama2 kita fahami definasi peralatan gendang silat yang seterunya pula iaitu:-

Gong :-

Alat Gong di dunia wujud dalam bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai ‘Busut’ atau ‘Tombol’ dan secara umumnya telah ditakrifkan sebagai ‘knobbed gong type’ dan satu lagi ialah tanpa busut atau tombol dan telah ditakrifkan sebagai ‘flat gong type’. Perkataan Gong umumnya digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal dari perkataan Melayu/Indonesia. Ianya berasaskan kepada system ‘onomatopoera’ iaitu satu system penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh alat berkenaan.

Asal usul

Sejarah kemunculan awal alat gong jenis berbusut di dunia bermula di Asia Tenggara dan disifatkan sebagai alat ‘asli’ bagi masyarakat Melayu. Gong berbusut yang diakui pernah ditemui di Indonesia bertarikh kira-kira 1000 S.M. Sungguhpun ada pendapat yang mengatakan bahawa Gong telah wujud di negara China sejak dari zaman pemerintahan Dinasti Zhou lagi (1122-1229 S.M).

Keluarga Gong di Malaysia secara umumnya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang bertombol. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah dan besi. Terdapat didalamnya pelbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza-beza diantara satu sama lain termasuk juga ‘pic’ (sukatan bunyi).

Istlah ‘tetawak’ yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun bagi alat gong yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga dinegeri-negeri lain di Malaysia. ‘Tawang’ mengikut sistem ejaan fonologinya dan berkemungkinan besar alat-alat ini telah dibawa masuk dari kepulauan Mindanao di Selatan Filipina. Hingga kini alat gong masih di perbuat di sana khususnya oleh suku Maranos di Wilayah Lanao del Sur. Dari maklumat yang di perolehi, alat tetawak dari jenis tembaga ini tidak pernah diperbuat di negeri Kelantan. Ianya diakui dibawa masuk dari negara Burma melalui Pattani di selatan Thailand sejak beratus-ratus tahun dahulu untuk kegunaan teater tradisional seperti Wayang Kulit, Menora, Mak Yong dan Tarian Asyik.

Pada masa kini terdapat juga alat tetawak yang diperbuat dari besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar tertentu dari kalangan masyarakat tempatan. Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. Namun kemahiran teknik seperti di atas tidak dapat menjamin mutu dan nilai sesebuah alat itu, bahkan pada prinsipnya turut memperlihatkan satu kemunduran dari segi teknologi pembuatannya jika dibandingkan dengan teknik ‘tempa’ yang telah diamalkan di sesetengah negara Asia Tenggara. Mereka sudah mempunyai teknik yang begitu tinggi khususnya bagi pembuatan gong/tetawak dari gangsa yang terdapat di Myanmar dan Filipina. Begitu juga di Indonesia yang menggunakan teknik yang sama bahkan lebih halus dan rumit lagi khususnya dalam pembuatan alat-alat Gamelan jenis ‘perunggu’ yang telahpun mendapat pengiktirafan masyarakat dunia sebagai gong yang terunggul.

Pengelasan

Klasifikasi alat gong dengan istilah – Idiophone. Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan melalui Kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat tersebut. Yakni sifat alat berkenaan tidak memerlukan seseorang pemain itu melakukan persediaan awal bagi maksud penalaan bunyi untuk menghasilkan bunyi.

( contoh Gong)


Begitulah serba sikit definasi yang dapat kami tonjolkan dalam entri kali ini berkaitan 3 peralatan utama dalam gendang silat iaitu Serunai, Gendang dan juga Gong. Jika terdapat kesilapan maaf dipinta dari kami. Apabila lengkap 3 perlatan ini berbekalkan ilmu yang ada untuk memainkan nya mengikut aturan yang betul maka sempurnalah sudah mainan gendang silat . Bak kata guru kami,(Gemala Kasturi) " sedap datang sendiri namun perlu lah memainkan permainan mengikut aturan yang betul terlebih dahulu"... sekian..Salam



0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP