Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, 17 May 2011

16 May 2011

Assalammua'alaikum...

Sengaja tajuk entri ni saya tulis macam ni walaupun waktu menaip ni tarikh sudahpun 18 May, bukan apa.. 16 May... Tarikh yang di tetapkan untuk kita memperingati guru-guru yang tak terkira jasanya kepada kita. Tapi!!! Satu persoalan timbul disini...Kata orang perak " ate 16 may aje le nak ngingat(ingat) guru mengkome (anda semua) tu?Aghi(hari) lain ijak (tak) le payah?hehehe.. bukan begitu.. betul tak? tanpa guru siapa kita?walau sekelumit ayat,walau setepuk gendang,dia tetap guru, dimana martabat guru di konak fikiran kita? cuma anda yang mampu untuk meletakkan taraf guru itu di mana.

Sajiannya cukup ringkas: ILMU.. itulah satu benda yang tak dapat di pegang mahupun dilihat.. tapi.. kesannya... perghh.. cukup hebat, hingga mampu merobah segalanya. Dari tak tahu jadi tahu,dari tak pandai dah jadi pandai,dari tak kenal jadi cinta,nah... di sini siapa lagi yang utama.. kalo bukan insan yang di namakan guru. Saya teringat satu pementasan boneka jawa.menurut tukang karut itu,perkataan GURU. ditafsirkan:

Gu: orang yang mempunyai ilmu.
Ru: orang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi.
jadi difahamkan,guru ialah.. insan yang mempuyai ilmu dan budi pekerti yang tinggi yang mampu menjadi contoh tauladan kepada anak muridnya.Tidak kira siapa guru kita.. dia tetap guru kita..

Bagi yang telah meninggalkan kita.. Tiada yang lain mampu untuk kita beri,apalagi?apalagi yang mampu kita beri? kenapa nak beri? hmmm.... soalan yang menyakitkan hati.. apa nak beri? hadoiii... letih nyer... Janganlah kita terlalu jahil dan kedekut...

Jadi bertuahlah badan jika guru kita masih menghirup udara yang sama dengan kita. Pernahkah kita cuba untuk mengingatkan diri kita untuk mengucap tanya khabar.. apalagi alasannya? dulu.. mungkin susah.. sekarang.. segala macam wadah sudah ada.. sms,talifon bimbit.. kini.. facebook, apa lagi.. tweeter.. iskkk... tiada alasan... namun terkadang kita lalai,leka,alpa.. tak pernah timbul wajah guru dalam doa kita,tidak pernah hadir dalam bayang kotak fikiran tentang ada nya guru,waktu memerlukan.. siang malam bertunggu tangga,bila dah dapat.. jangankan bertanya khabar,bayang pun haram tak nampak.

selamanya... sesatlah kita,lupa dan alpa pada orang yang banyak berjasa kepada kita!!! Jangan mudah lupakan guru..!! Bagaimana jika tanpa guru?Hehehe.... pikio-pikiokan ler yer...

Disini...
Bab pergendangan ini, berterimakasihlah hamba mewakili adik beradik seguru mengucapkan selamat hari guru kapada guru kami Abang Michai dan Abang Shahrul.. walaupun agak lewat entri ini di 'post"kan. Segala amanat dan pesanan menjadi amalan kami sekumpulan..
Selamat hari guru juga untuk semua guru-guru..
Terimakasih guru kerana sudi memberi ruang untuk kami berguru.
Assalammua'laikum.

1 comments:

Gemala Kasturi 17 May 2011 at 22:41  

Salam hormat,

semua atas izin, jodoh pertemuan, ajal maut dalam genggaman Allah. Insyallah kepada barangsiapa yang mencari dengan bersungguh-sungguh dialah yang akan mendapat. - itulah pesan guru2 dulu.

Terima kasih, Lela Rentaka teruskan perjuangan. Apa yang berlaku dahulu, jadikan sebagai pengajaran dan sempadan, bahawasanya ilmu itu Allah letakkan kepada mana-mana hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, tidak kira tua muda, kecil besar.

Sayugia dengan itu, dalam jalan bergendang ini, tuntutlah dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan ketemui barang apa yang dihajatkan kelak, amin.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP