Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday 16 January 2012

Kembara Ke Pasir Gudang Johor


Alhamdulillah 30 hb 12/2011 , saya buat kali pertamanya menjejakkan kaki ke Johor bersama sifu Gemala Kasturi ,Abg Khairul. Sehari sebelumnya saya dipelawa oleh beliau untuk bersama nya mengunjungi rakan sepergendangan saya di Johor (kumpulan warisan tebrau), tanpa berlengah saya bersetuju . Bila masa lagi nak berjumpa kawan2 selain dapat juga mengikuti latihan yang akan diadakan di sana nanti.

Dari Terminal Bas Selatan(TBS) Cheras kami memulakan perjalanan menaiki bas yang mengambil masa 5 jam. Sesampainya kami di sana kami dijemput oleh saudara Khairul (ketua kumpulan gendang silat warisan tebrau) . Kami berehat dahulu malam itu kerana masih kepenatan dalam perjalanan. Pagi berikutnya seawal jam 9 pagi latihan telah dimulakan , celik2 mata saja terdengan alunan serunai...rupanya saya terlambat bangun. Segera menyiapkan diri lalu turun menyertai latihan bersama Kumpulan Gendang Silat Warisan Tebrau. Banyak tunjuk ajar yang ditunjukkan oleh abg michai untuk memperbaiki permainan kami. Sungguh teruja dapat bergendang bersama , anak didik seguru membuktikan kami tidak mempunyai masalah untuk duduk bersama memainkan muzik gendang silat.


Malamnya pula kami menyaksikan latihan silat yang diadakan di perkarangan rumah khairul warisan tebrau sebelum kami dibawa ke bazar malam pada jam 11 malam.
Pelik melihat gelagat orang johor ni, walau dah pukul 2 pagi, masih ramai yang memeriahkan bazar tersebut , juga difahamkan setiap hari bazar itu ditutup jam 4 pagi. Perghh.... memang betul happening la orang2 sini... bandar sentiasa hidup. Macam2 barangan dijual, kalau di ipoh boleh dikatakan macam "gerbang malam " juga la...


1 / 01 / 2012.... dengan semangat tahun baru, latihan dimulakan lagi... sehingga ke jam 11 pagi. Kami pun bersiap untuk pulang ke kl dan saya pulang ke Ipoh Perak.

Pengalaman ke johor ini memang tidak dapat saya lupakan, dapat berkenalan dengan abg2 pergendangan di sana amat mengembirakan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan gendang warisan tebrau kerana memberi layanan yang selesa kepada kami. Ada rezeki kita berjumpa lagi..insyaallah.......

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP