Majlis Perkahwinan 21 Januari 2012
21 / 01 / 2012 Merupakan hari bahagia buat salah seorang ahli Lela Rentaka ( hamid ) kerana tarikh ini merupakan hari perkahwinan kakak nya di desa pelancongan ipoh Perak.
Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka dan Pertubuhan Seni Silat terlak Lintau & Kuntau Jawa diberi amanat untuk memeriahkan majlis ini. Tepat jam 12.30 kami sampai ke lokasi majlis . Tanpa melengahkan masa, peralatan diatur dan bermulalah tugas kami pada hari berbahagia tersebut.
Pelbagai lagu rakyat dimainkan untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Pesilat dari PSSTLKJ juga menyambut kedua pasangan pengantin dengan persembahkan sembah buka bagi menyerikan lagi majlis pada hari tersebut.
Alhamdulillah ..semuanya berjalan seperti dicadangkan. Kami mengakhirkan tugas kami pada jam 3 petang dan beransur pulang. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Kepada pasangan pengantin.. selamat pengantin baru diucapkan dan kami doakan semoga kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat dan bersama sehingga ke syurga..amin.....
0 comments:
Post a Comment