Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday 28 June 2011

PERSEMBAHAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KG PASIR PUTEH IPOH

25 hb JUN 2011, Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka dijemput untuk bergendang menyambut YB Hamidah Osman serta mengiringi persembahan silat di SMK.KG.Pasir Puteh Ipoh sempena hari sukan sekolah tersebut. Seawal jam 8 pagi, semua ahli berkumpul di perkarangan rumah Yob Khairul.Menaiki 2 buah kereta kami memulakan perjalanan.

Tiba di sana, kami disambut oleh pihak sekolah dan terus mengambil tempat.Sesudah itu kami memainkan beberapa alunan muzik sebagai sesi memanaskan badan.

Tepat jam 10 pagi, tetamu hadir, kami mengiringi permainan sambil pesilat membuat persembahan menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga persembahan iringan.
Namun tugas kami hari ini tidak begitu lama, sehingga habis permainan pesilat kami pun bersiap untuk pulang. Bagi menghormati majlis, kami menunggu sehingga tetamu kehormat pulang sambil diiringi pukulan kompang.

Dalam keasyikan majlis, terlupa pula untuk bergambar di majlis tersebut.
Benarlah pepatah mengatakan , malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, 2 orang dari ahli KGLR , Amir dan Nizam terlibat dalam kemalangan . Alhamdulilah syukur atas takdir yang ditentukan Allah,tiada sebarang kecedaraan dihadapi mereka berdua walaupun keadaan kereta yang mereka naiki agak teruk.


Setelah selesai semua urusan di balai polis , kami semua pulang ke rumah masing-masing.
Memikirkan pengalaman yang dialami, mematangkan lagi tahap keakraban antara kami.

Syukur atas nikmat allah.... sekian...

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP