Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday 4 September 2011

Berbuka Puasa Bersama...


Terlebih dahulu kami Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat2 serta kenalan tidak kira di mana berada dengan iringan maaf zahir dan batin sekiranya ada tersalah kata dan sebagainya.







Entri kali ini kami bawakan saat-saat indah 27 hb Ogos antara semua ahli lela rentaka berbuka puasa bersama di rumah yob khairul.Walaupun agak ala kadar saja namun kemeriahan dapat dirasai . Jam 5 petang semua berhimpun di rumah yob untuk mengambil tugas masing-masing pada majlis tersebut. Ada yang membasuh ikan, ada yang membakar ikan , masing2 sibuk menjalankan tangungjawab masing2....



Kelesuan dalam berpuasa bagaikan hilang seketika apabila sama2 berkumpul sesekali bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa.Tepat kan 7.25 malam, azan berkumandang , walaupun sudah waktu berbuka namun ikan masih belum siap dibakar sepenuhnya.




Buah kurma serta air menjadi pengalas perut .Alhamdulilah tidak lama kemudian semuanya siap disediakan , terima kasih kepada keluarga yob (khairul) yang banyak membantu kami serta menyediakan juadah sampingan kepada kami semua. Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan setiap tahun. sekian... Selamat Merdeka Raya...2011..

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP