Bergendang DI Jabatan Kebajikan Masyarakat Ulu Kinta
22 Oktober 2011, Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka telah dijemput untuk bergendang dalam majlis rasmi anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Ulu Kinta. 4 orang ahli Lela Rentaka , khairul, nizam, idan dan amir antara yang terlibat dalam majlis ini. Majlis yang dirangka bermula jam 9 pagi tidak dilengahkan kami, seawal jam 8 pagi kami telah tiba di majlis tersebut. Persiapkan alatan muzik dan memainkan beberapa lagu irama berjalan untuk menghiburkan tetamu2 yang hadir. Majlis tersebut difahamkan untuk meraikan warga tua sempena hari Warga Emas dan tetamu yang dijangka hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan Malaysia ke 2. Namun mungkin faktor tidak dapat dielakkan yang hanya hadir P.A kepada beliau sahaja.
Tugasan kami kali ini tidak lah begitu ketat. Kami diberi amanah untuk memainkan muzik iringan semasa ketibaan tetamu. Sesampai tetamu pada jam 9.30 pagi, amir mengalunkan serunai irama ayam didik sambil disulam pukulan gendang dari khairul dan idan serta ketukan gong dari nizam. Setelah sempurna tugasan, kami masing2 berkemas untuk menyimpan peralatan muzik, namun didatangi pengerusi majlis tersebut yang meminta kami untuk memainkan sebuah lagi lagu sebagai penyeri semasa perasmian majlis itu nanti. Tanpa berlengah , kami sekali lagi menanti untuk memainkan lagu irama berjalan semasa majlis perasmian itu.
Alhamdullilah, semuanya berakhir dengan lancar. Semua urusan dilancarkan, terima kasih kami ucapkan kepada wakil2 yang terlibat menjemput kami dan membantu permudahkan urusan kami di sana. Semoga kita berjumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment