Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday 6 November 2011

Lawatan Sambil Belajar bersama Kumpulan Gemala Kasturi


29 Oktober, berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mempelajari lagi ilmu bergendang bersama sifu2 Gemala Kasturi. Perancangan untuk ke sana sering menemui jalan buntu, kerana sering bertindih dengan majlis serta mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Namun setelah beberapa kali dirancang akhirnya sampai juga kami pada hari ini. Antara ahli yang hadir, khairul, aqashah dan nizam. Disebabkan beberapa urusan lain yang penting yang perlu diselesaikan, lela rentaka tidak dapat untuk hadir satu kumpulan. Namun , perancangan tetap diteruskan. Jam 1 petang kami sampai ke rumah Abg Michai Gemala Kasturi. Kami difahamkan latihan akan diadakan di dewan berhampiran pada jam 2 petang, sempat jua kami makan tengah hari terlebih dahulu sebelum berlatih.
Setibanya di dewan tersebut kami terus memulakan latihan sambil di bimbing oleh abg michai dan abg sharul . Sehingga ke jam 4.45 petang latihan dihentikan dan disambung semula selepas waktu isyak.
Latihan sesi malam ini pula tumpuan diberikan pada asas lagu berjalan. Penekanan untuk mengemaskan lagi pukulan gendang dan tiupan serunai diajar oleh abg sharul dan michai . Tanpa mengenal erti penat, mereka membimbing kami dalam memperbaiki permainan gendang silat . Alhamdulilah, berkat nasihat yang diberikan dapat jua kami memperbaiki sedikit sebanyak corak permainan kami.
Latihan pada keesokan harinya bermula seawal jam 10 pagi, Ternyata latihan pada hari sebelumnya banyak membantu untuk memperbaiki mainan kami. Nasihat demi nasihat terus diberi kepada kami. Alhamdulilah jam 2 petang kami berkemas untuk pulang ke ipoh semula.
Kunjungan kali ini banyak memberikan semangat baru kepada kami. Setiap nasihat akan digunakan dalam setiap kali latihan dan persembahan. Terima kasih kami ucapkan kepada abg michai yang mengizinkan kami untuk bermalam di rumah beliau dan memberi tunjuk ajar kepada kami juga kepada abg sharul yang tidak putus asa membimbing kami untuk memperbaiki permainan kami. Insyaallah , kunjugan ini akan menjadi titik lonjakan untuk kumpulan kami memperbaiki yang mana yang perlu . Terima Kasih,
sekian.....

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP