Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday 21 May 2011

Al- Fatehah......

Salam takziah dari kami Lela Rentaka kepada mereka yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di batu 14 Hulu Langat Kajang hari ini yang melibatkan Rumah Anak Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa .

KUALA LUMPUR 21 Mei – Empat mayat kanak-kanak telah berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.

Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang tadi manakala 12 lagi mangsa berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan dan tindakan susulan.
Dipercayai 24 kanak-kanak tertimbus dalam kejadian tersebut.
( Maklumat terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa di bahagian bawah entri ini )
Suasana sekitar tempat kejadian, pihak berkuasa bertungkus lumus menjalankan tugas..
Anggota polis berpakaian preman dan anggota bomba berganding bahu menyelamatkan mangsa dan mengawal keadaan
Mangsa yang berjaya diselamatkan...


ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TEMPAT KEJADIAN...............




Sukarelawan bersama membantu menyelamatkan mangsa yang diselamatkan
Visual tempat kejadian...


LAPORAN TERKINI

-Laporan terkini sehingga jam 9 malam ini.... Ketua Polis Kajang memaklumkan 12 orang telah berjaya diselamatkan...namun 5 daripada nya dilaporkan meninggal dunia....dipercayai 12 orang mangsa masih terperangkap di bawah tanah...

-Laporan sekitar jam 10 malam... 2 lagi mangsa berjaya ditemui dan alhamdulilah mereka masih hidup namun dalam keadaan kritikan dan dikejarkan ke hospital...bersama kita mendoakan kesejahteraan mereka..menjadikan jumlah mangsa yang dijumpai mencecah 14 orang ... jumlah terkorban masih kekal 5 orang..dan jumlah yang masih tertimbus berubah kepada 10 orang...

- Tepat jam 10.45 malam....Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
hadir di tempat kejadian.....

-Laporan sehingga jam 10.40 malam..fakta mengenai 24 mangsa yang dikenal pasti terperangkap dalam runtuhan tanah sebenarnya tidak sahih..yang sebenarnya jumlah mangsa 25 orang..walaubagaimanapun 18 org telah berjaya ditemui dengan masing-masing 9 orang selamat dan 9 orang lagi meninggal dunia..7 orang mangsa masih belum ditemui.....

-Laporan sehingga jam 12.05 pagi , 19 orang mangsa sudah ditemui ..10 orang daripadanya disahkan meninggal dunia...9 orang masih dirawat.... dan 6 orang masih terperangkap dalam runtuhan tanah...

-Tepat jam 12.20 pagi....Timbalan Perdana Menteri bergerak pulang dari tempat kejadian..

-Sehingga jam 5.05 pagi 22hb mei, semua mangsa telah berjaya dikeluarkan....16 terkorban...9 berjaya diselamatkan...
Al-Fatehah.......

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka-mereka yang terlibat dalam kejadian berjaya diselamatkan. Serta dipermudahkan urusan pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kejadian (anak-anak yatim) yang masih tertimbus di bawah tanah. Lebih-lebih lagi cuaca di kajang ini yang tidak begitu baik berikutan angin kencang dan hujan lebat.Semoga Allah merahmati roh mereka yang terkorban.... amin.......

1 comments:

cahaya sinar 21 May 2011 at 05:38  

TAKZIAH .....AL FATEHAH.....

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP