Persembahan di Majlis Resepsi
Pada Sabtu yang lalu,28 Mei 2011,Lela Rentaka sekali lagi telah dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan yang bertempat di Taman Desa Aman,Ipoh Perak.Seperti biasa kami berkumpul di rumah Khairul pada pagi itu sebelum ke majlis yang lokasinya di sekitar itu juga.
Tepat pada pukul 11.30 pagi,kamu pun bertolak ke lokasi yang hanya mengambil masa kira-kira 5 hingga 7 minit untuk tiba.Sampai saja di sana kami disambut oleh tuan rumah dan bersiap-sedia dengan peralatan gendang disamping 2 orang ahli yang akan membuat persembahan silat nanti.
Agak mengujakan apabila kumpulan kami mengambil tempat bersebelahan dengan kumpulan rebana di kawasan laman rumah itu.Lebih menarik lagi apabila salah seorang dari kumpulan rebana itu adalah bonda kepada saudara Khairul sendiri.
Malu-malu alah tidak tahu samada mahu memulakan permainan atau biarkan kumpulan rebana dahulu.Akhirnya kami yang diberi peluang memulakan persembahan lagu dan diselang-seli oleh kumpulan rebana pula sambil menunggu ketibaan pengantin lelaki.Kami kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh tuan rumah dan terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput kami..
2 comments:
Semoga kumpulan gendang lela rentaka berjaya dalam perjuangan mempertabatkan budaya seni sepanjang masa...insyaallah......
amin..
Post a Comment