Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday 22 February 2012

Gendang Silat Bah. 1



Assalam kepada semua sahabat, kadang2 terpikir jugak apa itu gendang silat ?? Selama ini syok bermain jer... tp entah la apa makne sebenar. Entri kali ini kami bawakan beberapa definasi setiap peralatan dalam permainan gendang silat untuk dikongsi kepada pembaca.. sumber pun dapat dari google je...(cam biasa la kan ) jadi jika tidak betol tentang sejarah dan definasinya.. sila lah berkongsi sama ilmu yer..

Serunai:-

Alat tiupan dari jenis-jenis ‘serunai’ yang menggunakan pipit dua lapis (double reed instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat ‘shawms’. Ia adalah merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk seperti ‘kun’ pada pipa melodinya iaitu ‘chanter’ dan menggunakan pipit dua lapis sebagai ‘sounding device’ di India dikenali sebagai ‘Shahnay’, di China dikenali sebagai ‘Sona’, di Sri Lanka dikenali sebagai ‘Harone’ dan di Thailand dikenali sebagai ‘Phi-Nai’. Di Malaysia dikenali sebagai ‘Serunai’. Perkataan ‘Serunai’ berasal dari perkataan ‘Nay’, dalam bahasa Parsi bermaksud tiup. Di Iraq alat ini dikenali sebagai ‘Zurna’. Malah alat-alat ‘Shawms’ yang terdapat di Jepun, Korea, ataupun disemua kawasan Asia Tenggara adalah berasal dari keluarga yang sama. Iaitu dari Timur Tengah. Di Maghribi alat ini dikenali sebagai ‘Ghaita’.

Asal usul

Alat tiup jenis serunai, dikatakan berasal dari Parsi. Namun perkembangan awal di Asia Tenggara, adalah dipercayai bermula daripada pengaruh budaya Hindu, yakni sebelum kedatangan Islam dirantau ini. Dimana pendita-pendita mereka dikatakan telah membawa bersama-sama peralatan muzik untuk menjalankan kegiatan dakwah agama mereka iaitu agama Hindu.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam ensemble untuk mengiringgi

Teater Wayang Kulit, Menora, Silat, Tarian Istana dan rakyat serta nobat diraja. Serunai yang terdapat di Malaysia adalah dicipta oleh tokoh-tokoh tempatan yang benar-benar mahir dalam bidang berkenaan. Mereka menggunakan cara tradisional untuk mencipta alat tersebut melalui keupayaan intuitif serta kepandaian yang sedia ada dalam diri mereka. Sungguh pun terdapat perbezaan-perbezaan kecil dari segi ukuran dan bentuk serta hiasannya diantara satu sama lain, namun ianya dicipta berlandaskan kepada prinsip-prinsip akustik yang sama, seperti kegunaan bahan asas dan juga ditebuk secara selari (parallel – bare) dengan bentuk luaran. Kaedah ini sering diamalkan bagi pembuatan alat serunai dari keluarga ‘shawms’ yang terdapat diseluruh dunia.

Bersesuaian dengan nada muziknya, serunai kebanyakannya mempunyai tujuh lubang petik sebagai lubang penjarian dan satu lubang petik sebagai lubang ibu jari, sering juga diungkapkan sebagai ‘lubang jerit’ oleh sebab suaranya yang meninggi itu dan ada kalanya diungkapkan sebagai ‘lubang penggalak’ iatu menghasilkan nada-nada hias yang bersifat riang ataupun galak.

Bagi kebanyakan serunai yang terdapat di Malaysia, di mana pipitnya diperbuat dari daun lontar yang sederhana tua. Ini bagi menentukan keutuhannya serta untuk mendapatkan jenis ‘timbre’ iaitu mutu suara seperti mana yang dikehendaki. Manakala dalam persembahan ‘Barongan’ yang berkembang dikalangan masyarakat Jawa di Johor terdapat sejenis alat tiupan yang berpipit dikenali sebagai ‘Selumprit’. Alat ini berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Pipitnya diperbuat dari daun kelapa tua yang telah dikeringkan.

Alat tersebut mempunyai empat lubang petik untuk menghasilkan melodi yang agak terhad tonalitinya, jika dibandigkan dengan serunai yang berkembang di Perlis, Kelantan dan ensemble Silat Kedah. Dalam ensemble paluan Wayang Gedek yang juga berkembang di Kedah, tedapat sejenis serunai yang mempunyai enam lubang petik dan tidak mempunyai kecopong. Serunai ini dikenali sebagai serunai ‘Pemetong’ dan dikatakan berasal dari Kampuchea dikenali sebagai ‘Seralai’. Jenis serunai seperti ini juga terdapat dinegara Thailand, dikenali sebagai ‘Pi-Nay’, pipitnya juga diperbuat dari dan lontar.

Adapun jenis-jenis serunai yang terdapat di Malaysia, dicipta tidak mengikut satu piawaian yang baku. Dengan demikian ‘timbre’ atau air suaranya berbeza-beza walaupun berkembang dalam disiplin yang sama, seperti yang terdapat dalam ensemble Wayang Kulit di Kelantan; misalnya. Namun perkara ini tidak pula berlaku pada kebanyakan serunai yang terdapat dalam ensemble Gendang Silat di Kedah dan juga Terinai di Perlis dimana sukatan pic suaranya hampir sama dengan sistem pic barat iaitu ‘Western Tempered Pitch’.

Namun begitu, secara umumnya alat serunai telah mendukung peranan yang terbanyak

dalam tradisi muzik rakyat dan juga istana di Malaysia, selain daripada perananya sebagai pembawa melodi dalam genre muzik yang perbagai juga digunakan bagi tujuan perarakan untuk mengiringgi pembesar-pembesar Negara. Dalam ensemble nobat diraja, serunai telah mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi statusnya. Ia digandingkan dengan sejenis alat ‘trumpet’ iaitu nafiri yang memainkan melodi ‘drone’ dalam muzik istiadat seperti pertabalan dan sebagainya.

Pengelasan

Klasifikasi alat serunai; Aerophone, jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya

terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin. Contoh alat seperti Selumprit, Puling Tanah, Nafiri, Tetuan Tanduk, serunai batang Padi, Salung, Bangsi, Serunai daun kelapa, dedaun (erofon bebas) dan Puput.

( contoh Serunai Kedah)



Bersambung......

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP