Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday 21 February 2012

Majlis Perkahwinan 18 Februari 2012


18/2/12 Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka akan mengiringi persembahan muzik dan silat sempena majlis perkahwinan di Pengkalan Pegoh.
12.45 semua ahli tiba di majlis tersebut. Suasana di sana amat meriah dengan kehadiran tetamu2 yang agak ramai.

kami terlebih dahulu menyelaraskan peralatan muzik silat di tempat yang disediakan. Alunan muzik rakyat dimainkan sebaik sahaja semua selesai diuruskan. Sehingga ketibaan pengantin pasukan kompang pula mengambil alih tugas menyambut ketibaan kedua pasangan pengantin.

Seperti biasa pesilat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa membuka sembah tari sebagai tanda menyambut ketibaan pengantin pada majlis tersebut sambil disulami muzik gendang silat dari Lela Rentaka. Selepas selesai persembahan silat, kami memainkan beberapa muzik rakyat menemani suasana merenjis tawar . Sehingga pasukan kompang mengambil balik tugas memainkan permainan mereka.


Memandangkan cuaca juga kelihatan tidak berapa baik, kami mengisi perut dahulu sebelum pulang. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami, dan kepada pasangan pengantin.. semoga berkekalan selamanya kami doakan..amin...:-)

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP