Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, 26 April 2011

SESI LATIHAN HUJUNG MINGGU..........

SALAM DARI  LELA RENTAKA. PADA 23 HB APRIL 2011 (SABTU) AHLI LELA RENTAKA SEPERTI BIASA BERLATIH BERSAMA SEBAGAI AKTIVITI KEBIASAAN HUJUNG MINGGU. LATIHAN BERMULA KIRA2 JAM3.30 PETANG ITU TELAH DIADAKAN DI HALAMAN RUMAH KHAIRUL(YOB) KETUA KUMPULAN LELA RENTAKA YANG TERLETAK DI PENGKALAN PEGOH IPOH. PADA MULANYA SAMBUTAN DARI AHLI BOLEH DIKATAKAN AGAK SURAM KERANA ATAS FAKTOR KOMITMEN TERHADAP KERJA...ADA YANG BEKERJA DAN SEBAGAINYA...NAMUN DALAM MASA SETENGAH JAM KEMUDIAN, SEORANG DEMI SEORANG AHLI LELA RENTAKA TURUN BERSAMA UNTUK BERLATIH . 

KOMITMEN YANG DIBERIKAN AMATLAH MEMBERANGSANGKAN. ADA YANG BARU PULANG DARI BEKERJA DAN TERUS  MENUJU KE TEMPAT LATIHAN TANPA MEMENTINGKAN KEPENTINGAN DIRI YANG LAIN. LATIHAN DIMULAKAN DENGAN MEMAHIRKAN TEKNIK2 PUKULAN GENDANG SERTA ALUNAN YANG SESUAI BAGI SERUNAI. DALAM MASA 3 JAM LATIHAN DIMULAKAN, TERNYATA MASIH BANYAK YANG PERLU KAMI PELAJARI DAN DIPERBAIKI. 

NAMUN ATAS FAKTOR MENGENANGKAN KATA2 PENGAJAR2 KAMI DARI KUMPULAN GENDANG GEMALA KASTURI, " TIADA LAGI CARA NAK MEMAHIRKAN PERMAINAN SELAIN DARIPADA LATIHAN, LATIHAN DAN LATIHAN." KAMI GAGAHKAN DIRI UNTUK TERUS BERLATIH . WALAUPUN KAMI TIADA TEMPAT UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN PADA KETIKA ITU, NAMUN ATAS TUNJUK AJAR YANG TELAH DITUNJUKKAN SEBELUM INI,KAMI GUNAKANNYA SEBAGAI SATU PETUNJUK UNTUK MEMPERBAIKI TEKNIK2 PUKULAN GENDANG SERTA ALUNAN SERUNAI.KERANA PESANAN MEREKA JUGA, " SEDAP ATAU TIDAK SESEBUAH PERMAINAN ITU TIDAK TERLETAK KEPADA SKILL SESEORANG NAMUN JIKA SESEBUAH PERMAINAN ITU DISUSUN DENGAN ATURAN YANG BETUL, KEBERKESANANNYA AKAN DATANG SENDIRI". 

SETELAH SEMUANYA SELESAI HARI ITU, SEMUA AHLI BEREHAT DAN BERSANTAI DI KEDAI MEK NAH YANG TIDAK JAUH DARI RUMAH YOB PETANG ITU.ADA JUGA YANG TERUS PULANG. INSYAALAH JIKA PANJANG UMUR, AKAN KAMI TERUSKAN LATIHAN2 SEPERTI INI MEMAHIRKAN DIRI SERAYA UNTUK MEMPERTABATKAN SENI PERGENDANGAN SILAT INI DARI MASA KE MASA. SEKIAN...

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP